Tarikh : 20 Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Shahbandar Kuala Pahang
'Sayang Disayang' ini telah kami anjurkan untuk memberi penerangan tentang kesalahan dan penguatkuasaan jenayah syariah di negeri Pahang bagi membantu pihak sekolah mengurangkan kadar jenayah membabitkan pelajar. Disamping itu kami ingin mewujudkan hubungan lebih rapat antara JAIP dan pentadbiran sekolah dalam usaha memberi kesedaran kepada pelajar tentang perlunya mengelak diri daro terlibat atau melakukan kesalahan jenayah syariah.
Program ini telah dirasmikan oleh YH. Dato Haji Mohd Ghazali Bin Abd Aziz DIMP.,SMP.(Timbalan Pengarah JAIP) bersama denga para jemputan kami iaitu Ustaz Nor Hadi Bin Sulaiman (Pen. Qadhi Daerah Pekan) ,pegawai-pegawai dari Bahagian Pengutkuasaan Negeri ,Penguatkuasaan Daerah Pekan dan tidak lupa juga pada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Shahbandar Kuala Pahang. Ribuan terima kasih pada semua yang hadir menjayakan program 'Sayang Disayang'.
No comments:
Post a Comment