Tuesday, 24 July 2012

PROGRAM MESRA DAKWAH (PERAMAH) ZIARAH KAMPUNG

Tarikh   : 13 Januari 2012 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang
Tempat : Rumah Ustazah Hajjah Ramlah, Kampung Ulu Parit

Program kali ini kami menjemput penceramah iaitu Ustaz Badli Shah Bin Alaudin dan dihadiri oleh YH. Dato' Haji Mohd Ghazali Bin Abd Aziz DIMP, SMP (Timbalan Pengarah JAIP) , Tn. Hj. Mastor B. Mat Ban (Pen. Wakil Peribadi Ahli Parlimen Pekan), Pegawai JAIP & PAID Daerah Pekan, JKK Kg. Ulu Parit, dan penduduk Kg. Ulu Parit.



Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk kembali budaya ziarah menziarahi sambil mewujudkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat agar dapat membantu keperluan dari sudut agama terutamanya kepada warga emas. Dengan melakukan tranformasi dari segi pendekatan bersama masyarakat dengan Pemimpin JAIP turun padang bertemu masyarakat bertepatan dengan konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Ini sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh YAB. Dato' Sri Najib.


Penceramah Ustaz Badli Shah Bin Alaudin


  









No comments:

Post a Comment